Saturday 14 January 2012

"Ayah"

Assalamualaikum

Salam hari sabtu, hari nie aku nk sharing perasaan aku ckit. Semalam aku mimpi ayah aku sakit tenat & kritikal di hopital, dlm mimpi tue aku nangis2 telefon iroh minta dia tolong doakn spya ayah kmbali sht. Bila aku bgn jea dr tidor aku cuba ingat balik apa yang aku mimpi semalam, dan hati aku mula rasa tak sedap dan berdebar2. Aku mula fikir yg bukan2, tiada niat untuk berfikir begitu tp dlm keadaan pg tadi otak aku berfikir macam2 perkara. Lalu aku sgera telefon ayah aku, aku menganggap yg mimpi aku ni memberi satu petanda yg ayah aku mungkin tak sihat, bila aku dgr suara dia, hati aku sedikit lega sbb dia alhmdulillah sihat. Tapi sngkaan aku sebenarnya meleset, dia sbenarnya mmg tak sihat. Aku lantas tanya "ayah sega ko?" "Dia kata sega gitu la, tapi loni ayah keta lutut sokmo doh, ayah x leh naik mutor jauh dh loni, kena beti banyak kali baru sapa" erm masa tue dlm ati aku dh sedih dh, syen ayah, lpas tue ayah ckp lagi "semua nie nk jdkn sebeb jea" Dada aku lantas berdebar smbil mata cuba menaahn untuk tidak menitiskan air mata saat aku sdg brckp dgn nya. Rupanya mimpi aku semalam mmg memberi petunjuk yg ayah mmg tak sihat.


Selepas aku meletakkan telefon, air mata aku tak mampu lagi untuk di tahan, masa tue juga airmata mengalir dgn laju, beberapa kali aku cuba menahan untuk tdk keluar sambil menyapu titisan air yg mengalir di pipi untuk beberapa kalinya, dlm senduku, otak aku ligat berputar mngenai semua perkara yang ayah sentiasa lakukan saat aku ada di kg, dari pagi hinggalh malam. Ayah belikan aku nasi untuk sarapan, kalau aku bangun lewat, ayah simpan untuk aku dan adik, ayah siap pesan kat adik aku, tue nasi k.na, dia nak ayam masak pedas. Petang plk ayah bawa balik burger dan buah2 kdg-kdg, macam2 makanan dia beli untuk aku kalau aku balik cuti. Itulah ayah aku yg aku terlalu syg sgt2. Malam plk dia selalu mntak aku buat air teh tarik untuk dia. Hanya jarang2 jea dia menolak ajakan aku untuk wat teh tarik, tp ayah tetap bg alasan yg dia dh minum nescafe td, demi untuk tdk menghampakan aku. Bila aku fikir smua kebaikan  dia pd aku demi untuk membesarkan aku selama ini, mmg aku akan menangis seperti tadi. 




Mmg terlalu banyak kenangan yg aku ciptakn bersama ayah, hingga aku rasa "ayah" adalah orang yg banyak  mencorakkan hdp aku hari ini seperti ini. Tanpa dorongan ayah & ma, aku tak mungkin sampai pada tahap ini sekarang. Aku mnjadi takut bila memikirkn smua nie, tkut mnghadapi sesuatu kemungkinan.....walau ia bakal di hadapi oleh smua, namun aku msh tak bersedia mnghadapinya. Aku terus memanjat doa moga ALLLAH pnjangkn umur ma & ayah jg sihatkn lah mereka sntiasa....


Kenangan ku tdk berhenti di situ, otak ku  terus berfikir lagi mengenai segala susah payah ayah dulu ambil dan hantar aku ke sekolah mmg satu pegorbanan yg aku tak kan lupa sampai bila-bila. Ayah terlalu bnyak bekorban dan mencurahkan titisan kudratnya kpd aku demi melihat aku menjadi anak yg berguna seperti hari ini. Aku tak pernah lupa, setiap kali aku fianal exam masa di UDM mahupum USIM ini ayah tak pernah tinggal solat hajat untuk aku, setiap malam dia akn telefon tanya esok exm ke tak, begitu juga ma aku sendiri. Mmg besar kan usaha dan kudrat seorang ayah untuk lihat anak berjaya dlm hdp...





Mmg aku terlalu syg kan mereka, tp aku tahu inilah perasaan tiap anak pada kedua ibu bapa mereka. Aku juga tahu aku hanya pinjaman untuk mereka, dan mereka juga pinjaman dr ALLAH untk aku sementara sahaja. Bila2 sahaja jika pemiliknya mahu ia semula, kita perlu pulangkn balik. Sampai masa DIA akan mengambil balik apa yg dia pinjamkan itu, tapi andai la aku mampu untuk membuat satu permintaan dan ALLAH terus kabulkan permintaan aku tue, aku nak mintak " Jgn ALLAH ambil lagi mereka dr aku sekarang,  kerna aku masih lg memerlukan mereka hari ini...esok dan hari2 seterusnya". Kalau dia nk ambil jg, ambil lah saat aku berada di sisi mereka...., walau pun semua tue sukar d terima tp aku tak lah terasa sgt kehilangan mereka, sekurang2nya aku dpt tgok mereka pergi di sisi aku, bkn hanya pulang di sambut sekujur tubuh yg kaku. Nauzubillah...


Kdg2 aku juga pernah mengharapkan yg ALLAH mengambil aku dulu dari mereka, mmg berdosa aku hrpkan mcm nie, tp aku tak nak menerima kesedihan & kehilangan, biarlah mereka yg sedih ketiadaan aku takpe..." Aku tahu kita kena menerima semua Qada & Qadar dgn redha....tp itulah yg susah...




Sebenarnya kenapa aku takut sngat sekarang, sebab aku hanya tinggal 2 paper saja lg untuk dihabiskan. Aku mengharapkan dlm tempoh itu tiada apa-apa yg berlaku, walaupum kita tak boleh jangkakn dugaan yg Allah akn berikan, namun jauh di sudut hati, aku terlalu mengharapkan yg Allah tdk menguji aku dgn perkara2 begini, yg aku rasakn terlalu berat untuk dilalui. Hanya tinggal 5 hari sahaja lg aku akan balik kg. Saat2 yg aku dh lama tunggu untuk jumpa ma & ayah.... Insyallah moga segalanya berjalan lancar & Allah permudhkn segalanya...


Aku berdoa moga ayah aku sentiasa diberi kesihatan dlm melalui hari2 esok,  ma juga tdk lupakn. Moga mereka msh diberi kekuatan dan aku jg dpt melalui semua ini dgn kuat, doa aku tak putus-putus berdoa demi kesejahteraan mereka. Hanya itu yg mampu aku kirim buat masa sekarang, walau jauh aku tahu ALLAH mendengar doa2 aku. Kabulkan lah ya Allah setiap doa dan isi hati aku ini....aku tahu kau tak pernah jemu mndgr doa2 hambamu, kerna hanya dgn cara ini sahaja aku boleh kirim untuk mereka, bukn wang ringgit lg ttp hanya seutai "DOA". Moga doa2 aku untuk mereka ada antaranya ENGKAU kabulkan...


Ini sahaja untuk saat ini, doakn kesejahteraan ayah dan ma aku yea, insyallah aku juga akan sentiasa mendoakn kesejahteraan ayah dan ibu kamu semua. Sekian wassallam:)



"Meraka sgala-galanya buat aku"

No comments: