Wednesday 29 February 2012

Aku Akan Kehilangan Sorang Lg Teman Rapat

Assalamualaikum....

Dah lama tak update blog, hari ini bru brksmpatan. Sbenanye aku tak tahu nk berkongsi apa, no idea, ok tiba-tiba ada idea ni, aku nk share ckit psl tjuk d atas. Aku bkl khlgn sorg lg kawan rapat aku...dia nk pegi mane???? Haaa suspen jea kn? 

Sebena nye dia bkl mnjadi milik org juga pada akhir thun ini insyallah. Erm nk wat camane kn jodoh dia sampai awal. Aku hanya mampu berdoa moga dia menemui kebahagiaan nnti insyallah. Dan insyallah aku juga bkl bertemu dgn "imam" ku juga nanti, hanya masa dan waktu yg menentukan. Sekarang hanya mampu berdoa dan bersabar moga diberi yg terbaik dlm smua perkara. 

Tapi aku mmg respect kt kwan aku tue, dia memilih jodoh yg d atur oleh org tuanya tnpa bnyk membantah. Aku kagum nga cara dia, walau pun di usia muda, dia sanggup korbankan segalanya demi family, insyallah moga dia akan bahagia insyallah. 

Aku juga mengharapkan yg aku juga akan mendapat jodoh sepertinya, tapi perancangan Allah siapa yg tahu kn, sama-samalah kita doakan. 

Kat cini aku nk share ckit pic-pic kawan aku tue....










Sunday 29 January 2012

Ujian Untuk Hambanya

Assalamualaikum....




Salam hari pagi ahad aku hulurkan...
Hari ini aku di uji lagi....
Ujian yg datang pada aku untuk mendekatkan aku kpdNYA...
Pada pg sabtu ashtma aku dtg lagi....
Lenaku di gangu dgn kehadirannya...
Tiada lagi tidur yg nyenyak...

Aku mula batuk sedikit demi sedikit kala subuh kian hampir....
Aku mula terjaga dari tidur kerana batuk yg amat kuat....
Namun kerana mengantuk yg sngt kuat aku terlena juaa..
Hinggalah pagi aku terjaga kembali untuk solat subuh...
Juga kerana tdk tahan dgn keadaan yg terlalu sejuk...

Ashtma aku semakin kuat....
Nafas aku berdenyut dgn laju...
Hingga kadang-kadang aku rasa terlalu letih...
Aku sudah tak mampu untuk menarik nafas lagi...
Hingga bila aku bngn dr tidur aku takut allah mngambil nyawa ku saat itu...
Aku juga pernah fikir, mungkin satu hari nanti Allah mngambil nyawaku kerana sakitku ini...

Bila melihat orang lain lena diulit mimpi....
Aku sedikit cemburu...
Kerana bila aku berada di kg, aku susah untuk mndapat tidur yg lena..
Kerana penyakit ku ini...
Tetapi inilah dinamakan UjianNYA...


Tapi walau apa pum aku tetap redha dgn penyakit dan sakit yg Allah berikan pd aku ini...
Kerana semua ini mendekatkan aku kpdNYA...
Sakit ini jg penghapus dosa-dosaku...
Moga aku tabah menghadapi setiap ujian ini...
juga tiada kata mengeluh dgn ujian ini....
Moga aku mnjadi hamba yg sabar & redha dgn setiap ujianMU...






Sekian..

Saturday 21 January 2012

HinaNya TeraSa Diri InI


Assalamualaikum....


Hina nya terasa bila kita tiada se sen pun duit....
Hanya mengharapkan org untuk memenuhi perut kosong...
Pelbagai kata-kata dilontarkan oleh sahabat kerna...
Duit tiada untuk membeli sesuap nasi.....
Diri terkial-kial mencari alasan...
Cuba menutup rasa malu yg sgt tebal....
Bimbang riak wajah yg terluka dgn kata-kata itu dpt dibaca...
Sampai thp itu diri ini menjaga hati sahabat....
Tapi sahabat......

Dgn hanya sebuah gurauan.....
Mungkin pada hematnya tiada niat untuk berkata begitu...
cuma sekadar gurauan....
Tapi bg aku yg ketika itu tiada wang se sen pun untuk mkn...
Sangat-sangat terasaa.....
Bila kata gurauan dilontarkan yg sgt menghiris dada aku....

Difikiran pd masa itu mungkin seorang sahabt mampu menolong...
Disaat sahabatnya susah...dan tidak mengjangkakan sejauh itu gurauan dimainkan....
Namun semuanya aku tempuhi bila kita mengharapkan belas ehsan orang....
Aku memujuk hati sendiri dgn cuba membalas gurauan itu...
Demi untuk menutup rasa sakit di hati.....
Walau gurauan itu seolah-olah aku pula yg menyakitkan diri sndiri...

Tetapi jauh di sudut hati aku tahu sahabat aku sangat baik....
Seperti mana aku sentiasa baik dgn nya....
Dia sentiasa bantu aku disaat aku susah...
Mungkin pada hari itu dia tidak sengaja dan tak sedar pun apa yg dia ucapkan
Itu mengecilkan hati aku....

Tak apa...aku sudah dpat menerima semua ini...
Biasalah dlm prhbgn prshbtn...
Jika kita tidak dilukai, kita akan melukai tnpa sedar...
Siapa yg sengaja untuk mengecil dan melukai org yg dia syg...
Semua tak sanggup...tp kita hanyalah mns biasa...
Yg kadang-kala melakukan kesilapan....

Moga selepas ini, hati aku akan lebih kuat...
Untuk menghadapi sebarang kemungkinan dlm sebuah persahabatn...
Cuma selagi boleh, aku akan cuba menjaga percakapan dan cara aku supaya ttdk menyakiti & melukai..
"SaHaBaT"
Kerna.....
Aku Mencintai mereka semua...
Hngga denyut nadi terakhir aku...
Aku nk mereka sentiasa gembira...
Bukan...
Berdukaaa.......

Selagi aku mampu berdiri...
Aku juga nak melihat mereka juga berdiri...
Bukan merangkak....
Kerana aku ada untuk mereka...
Bila-bila sahaja mereka perlu....
Bialah pergi nya aku bakal "DIRINDUI"
Bukan..."DICEMUH@ DIKEJI"
kerana tiada satu jasa baik pun yg aku berbakti untuk mereka....
tetapi bialah aku "dirindui" kerana tiada lagi insan yg dpt menolong shbtnya disaat dia jtuh...
Juga tiada lagi insan yg menceriakan dan membuat sahabatnya ketawa dlm setiap saat yg berlalu...

Walau hanya sedikit sahaja bakti aku untuk sahabat....
tetapi aku puas kerana dapat membuat mereka senyum & yg paling penting...
Sentiasa ada untuk mereka saat mereka dambakan...
Itu sahaja jnji yg aku tabur.....
Moga ukhwah yg dibina berkekalan & semakin utuh dgn ujian-ujian sebegini...
Kerana semuanuya keranaNYA.












Wassalam:)

Hati Terluka

Assalamualaikum.....





Hati mencuba sedaya upaya untuk tidak terluka....
namun aku hanyalah manusia biasa......
Yg tidk dpt lari dari perasaan itu......
Mencuba sekuat mana pun untuk melawan perasaan itu....
Namun aku kadang-kadang tewas.....



Hanya dgn sebuah gurauan.....
Boleh membuat air mata gugur.....
Walau pun mmg diri sudh tahu itu hnyalh gurauan....
Namun siapa sangka.....
Siapa mendugaa kdg2 tnpa kita sedar....
Gurauan & Celoteh kita yg niat untuk bergurau...
Mampu membuat seorang sahabat berkecil hati....
Dan menyentuh sensitiviti dia....





Ingatlah sblm berbicara, lbh baik kita brfikir dahulu, effectnya...
Bimbang nanti dlm diam kita mengecilkan hati sahabat....
Bila ini terjadi pd aku, aku anggap ini balasan Allah untuk aku...
Kerna aku juga prnah menyakiti sahabat....

Dgn berlaku nya perkara begini.....
Aku mula belajar erti sesuatu dlm persahabatan....
Bimbang peristiwa lama berulang kembali....
Aku perlu berhati-hati dlm smua aspek.... 

Namun satu hal yg aku akan terus lakukan selagi....
Nadiku berdenyut.....
Aku akan menjadi sahabat yg ketika susah bersama-sama...
Aku ada untuk mereka, disaat mereka perlukan aku....
Tgn kecil ini yg akan menyambut mereka....
Selagi aku mampu.....

Prinsip yg aku pegang "mereka tdk akan susah, kalau aku masih ada"
Aku tdk akan bergurau dlm soal "kewangan" 
Aku sebolehnya tdk mahu mereka berasa hina & rendh diri, bila soal itu dibuat gurauan..
kerna aku memahami perasaan mereka bila berada dlm keadaan itu...
Bialah aku sahaja yg pernah merasai bhn gurauan sprti itu....
Aku tidk kisah, asalkan aku tidk mnyakiti sahabt aku
dgn gurauan seperti itu.....

Tapi tak apa, aku terima smua itu sbg gurauan yg mnceriakn hdp aku...
Kerana kita kdg-kdg tnpa sedar & tanpa niat untuk buat sahabat kita terluka...
Aku akan melupakan semua itu....
Dan sentiasa memaafkan sahabat2 aku...
Kerna aku sygkan mereka....





Sekian....

Saturday 14 January 2012

"Ayah"

Assalamualaikum

Salam hari sabtu, hari nie aku nk sharing perasaan aku ckit. Semalam aku mimpi ayah aku sakit tenat & kritikal di hopital, dlm mimpi tue aku nangis2 telefon iroh minta dia tolong doakn spya ayah kmbali sht. Bila aku bgn jea dr tidor aku cuba ingat balik apa yang aku mimpi semalam, dan hati aku mula rasa tak sedap dan berdebar2. Aku mula fikir yg bukan2, tiada niat untuk berfikir begitu tp dlm keadaan pg tadi otak aku berfikir macam2 perkara. Lalu aku sgera telefon ayah aku, aku menganggap yg mimpi aku ni memberi satu petanda yg ayah aku mungkin tak sihat, bila aku dgr suara dia, hati aku sedikit lega sbb dia alhmdulillah sihat. Tapi sngkaan aku sebenarnya meleset, dia sbenarnya mmg tak sihat. Aku lantas tanya "ayah sega ko?" "Dia kata sega gitu la, tapi loni ayah keta lutut sokmo doh, ayah x leh naik mutor jauh dh loni, kena beti banyak kali baru sapa" erm masa tue dlm ati aku dh sedih dh, syen ayah, lpas tue ayah ckp lagi "semua nie nk jdkn sebeb jea" Dada aku lantas berdebar smbil mata cuba menaahn untuk tidak menitiskan air mata saat aku sdg brckp dgn nya. Rupanya mimpi aku semalam mmg memberi petunjuk yg ayah mmg tak sihat.


Selepas aku meletakkan telefon, air mata aku tak mampu lagi untuk di tahan, masa tue juga airmata mengalir dgn laju, beberapa kali aku cuba menahan untuk tdk keluar sambil menyapu titisan air yg mengalir di pipi untuk beberapa kalinya, dlm senduku, otak aku ligat berputar mngenai semua perkara yang ayah sentiasa lakukan saat aku ada di kg, dari pagi hinggalh malam. Ayah belikan aku nasi untuk sarapan, kalau aku bangun lewat, ayah simpan untuk aku dan adik, ayah siap pesan kat adik aku, tue nasi k.na, dia nak ayam masak pedas. Petang plk ayah bawa balik burger dan buah2 kdg-kdg, macam2 makanan dia beli untuk aku kalau aku balik cuti. Itulah ayah aku yg aku terlalu syg sgt2. Malam plk dia selalu mntak aku buat air teh tarik untuk dia. Hanya jarang2 jea dia menolak ajakan aku untuk wat teh tarik, tp ayah tetap bg alasan yg dia dh minum nescafe td, demi untuk tdk menghampakan aku. Bila aku fikir smua kebaikan  dia pd aku demi untuk membesarkan aku selama ini, mmg aku akan menangis seperti tadi. 




Mmg terlalu banyak kenangan yg aku ciptakn bersama ayah, hingga aku rasa "ayah" adalah orang yg banyak  mencorakkan hdp aku hari ini seperti ini. Tanpa dorongan ayah & ma, aku tak mungkin sampai pada tahap ini sekarang. Aku mnjadi takut bila memikirkn smua nie, tkut mnghadapi sesuatu kemungkinan.....walau ia bakal di hadapi oleh smua, namun aku msh tak bersedia mnghadapinya. Aku terus memanjat doa moga ALLLAH pnjangkn umur ma & ayah jg sihatkn lah mereka sntiasa....


Kenangan ku tdk berhenti di situ, otak ku  terus berfikir lagi mengenai segala susah payah ayah dulu ambil dan hantar aku ke sekolah mmg satu pegorbanan yg aku tak kan lupa sampai bila-bila. Ayah terlalu bnyak bekorban dan mencurahkan titisan kudratnya kpd aku demi melihat aku menjadi anak yg berguna seperti hari ini. Aku tak pernah lupa, setiap kali aku fianal exam masa di UDM mahupum USIM ini ayah tak pernah tinggal solat hajat untuk aku, setiap malam dia akn telefon tanya esok exm ke tak, begitu juga ma aku sendiri. Mmg besar kan usaha dan kudrat seorang ayah untuk lihat anak berjaya dlm hdp...





Mmg aku terlalu syg kan mereka, tp aku tahu inilah perasaan tiap anak pada kedua ibu bapa mereka. Aku juga tahu aku hanya pinjaman untuk mereka, dan mereka juga pinjaman dr ALLAH untk aku sementara sahaja. Bila2 sahaja jika pemiliknya mahu ia semula, kita perlu pulangkn balik. Sampai masa DIA akan mengambil balik apa yg dia pinjamkan itu, tapi andai la aku mampu untuk membuat satu permintaan dan ALLAH terus kabulkan permintaan aku tue, aku nak mintak " Jgn ALLAH ambil lagi mereka dr aku sekarang,  kerna aku masih lg memerlukan mereka hari ini...esok dan hari2 seterusnya". Kalau dia nk ambil jg, ambil lah saat aku berada di sisi mereka...., walau pun semua tue sukar d terima tp aku tak lah terasa sgt kehilangan mereka, sekurang2nya aku dpt tgok mereka pergi di sisi aku, bkn hanya pulang di sambut sekujur tubuh yg kaku. Nauzubillah...


Kdg2 aku juga pernah mengharapkan yg ALLAH mengambil aku dulu dari mereka, mmg berdosa aku hrpkan mcm nie, tp aku tak nak menerima kesedihan & kehilangan, biarlah mereka yg sedih ketiadaan aku takpe..." Aku tahu kita kena menerima semua Qada & Qadar dgn redha....tp itulah yg susah...




Sebenarnya kenapa aku takut sngat sekarang, sebab aku hanya tinggal 2 paper saja lg untuk dihabiskan. Aku mengharapkan dlm tempoh itu tiada apa-apa yg berlaku, walaupum kita tak boleh jangkakn dugaan yg Allah akn berikan, namun jauh di sudut hati, aku terlalu mengharapkan yg Allah tdk menguji aku dgn perkara2 begini, yg aku rasakn terlalu berat untuk dilalui. Hanya tinggal 5 hari sahaja lg aku akan balik kg. Saat2 yg aku dh lama tunggu untuk jumpa ma & ayah.... Insyallah moga segalanya berjalan lancar & Allah permudhkn segalanya...


Aku berdoa moga ayah aku sentiasa diberi kesihatan dlm melalui hari2 esok,  ma juga tdk lupakn. Moga mereka msh diberi kekuatan dan aku jg dpt melalui semua ini dgn kuat, doa aku tak putus-putus berdoa demi kesejahteraan mereka. Hanya itu yg mampu aku kirim buat masa sekarang, walau jauh aku tahu ALLAH mendengar doa2 aku. Kabulkan lah ya Allah setiap doa dan isi hati aku ini....aku tahu kau tak pernah jemu mndgr doa2 hambamu, kerna hanya dgn cara ini sahaja aku boleh kirim untuk mereka, bukn wang ringgit lg ttp hanya seutai "DOA". Moga doa2 aku untuk mereka ada antaranya ENGKAU kabulkan...


Ini sahaja untuk saat ini, doakn kesejahteraan ayah dan ma aku yea, insyallah aku juga akan sentiasa mendoakn kesejahteraan ayah dan ibu kamu semua. Sekian wassallam:)



"Meraka sgala-galanya buat aku"

Monday 9 January 2012

Siapa JonaS Rivanno Di Hati Aku?

Assalamualaikum....

Selamat pagi & salam hari isnin aku ucapkan, ok hari ni tiba-tiba aku terlintas untk menulis entry di atas. Hah? Siapa Jonas Rivanno tue? Knp tjuk entry tue mcm xbleg blah je kn? Huhuhu Special nye Jonas tue smpai bleh lekat kt ati aku, siapa dia tue? Ada yg kenal ke nga JR tue? Haaa mai aku nk story ckit pasal JR nie, kalau yg selalu mengikuti sinetron indonesia mcm aku pasti nama ini tidak asing lg di cuping telinganya, tp bg yg tak mengikuti sinetron indon mmg tak akan kenal la siapa jejaka ensem ni. Ok aku bgtaw skit psl jonas nie, dia mula dikenali ramai dlm percubaan  sinetron " Kahwin masai, Nikita, Kemilau cinta kamila" ni hnya sbhagian yg aku ikuti sahaja la, bnyak lg drama yg dia bintangi sbnarnya. 


 Jonas ni merupakan anak kcukan Jerman & Belanda, ada lg tp aku tak ingat dh mix ape, dia lahir sama thn nga aku, kiranya sebaya aku la kn huhuhu, yg aku tahu jg dia merupakan anak lelaki tunggal dlm family nye dr 3 adik beradik tp aku tak tahu dia ank ke berapa. Dia memulakan careernya sbg model dlm entertainment indon, katanya smuanya krana ibunya yg mnyuruhnya mncuba bakat dlm model. Dia jg merupakan mahasiswa dlm jurusan enginering. Haaa hebat kn, bkn shja hbt berlakon taw.... tp yg tak best dia bkn islam but kristian... Dh nama pm mix jerman & Belanda.....


Ok kalau nk tgok Jonas nie ensem ke tak nie dia antara picture2 nya yg mnjadi simpanan aku. 



Aku suka pic nie, smart & stylo:)









 Brsama gndingan mntapnye Kamila @ Asmirandah

 Keluarga bahagia dlm KCK

 scene dalam KCK

 Antara aksi2 diorang yg mnunjukkn they're so close & di gosipkn brsama:)

 Keluarga Fadhil Renardi in KCK


Ni real  family Jonas:)



 Secocok kn diorg nie:)



Ok dh tgok pic2 dia kn? Ensem kn Jonas nie, huhuhu Ok sebenarnya aku nk citer knp aku suka & minat sgt kat Jonas nie. Haaa smuanya kerana sinetron "Kemilau Cinta Kamila". Cter ni mmg wat aku jtuh cinta pd watak yg di bawa oleh Jonas, hngga lah aku jd fanatik kt dia. Nak tahu apa sbb yg bleh wat aku gler suka dia? Haa sbnarnya dlm cter tue dia bawak watak sbg DR Fadhil Renardi. Seorg suami yg sgt penyanyang & bertanggungjawab sgt. Yg wat aku kagum kt dia dlm cter tu, dia dpt bwa 2 watak yg berbeza pd masa yg sama. Dia jg melakonkan watak sbg abg kpd Fadhil iaitu Taufan. 


Bila aku tgk cter tue aku mmg respect pd dia pnya bakat lakonan, mmgh hebat. Dia dpt mnjayakan nya dgn baik sekali di samping gandingannya yg jg tak kurang hebt jg, iaitu Asmirandah. Sampai satu thp aku pernah berangan nk tgok mcm mana la dia belakon, sbb tulah knp aku meminati kebanyakan pelakon InDon. Diorg dilahirkn dgn pakej yg cukup. Yg tu jela aku kagum. Lagi satu knp aku kagum dan suka nga pelakon2 indon, kerna diorang bkn sahaja bijak dlm lakonan tetapi jg dunia akademik, diorang kebanyakn nya mahasiswa dlm plbagai bidang, bkn sperti pelakon2 malaysia. Opssss terbanding la plk huhuhu Tp itu lah realiti nya.... Diorang mementingkn pncapaian akademik dr lakonan dan menganggap satu hari yg mereka tidk akn selama nya kekal di dlm dunia entertainment. Mmg bgs kn diorg nie dlm bab2 nie, haa tulah sbb knp aku suka, bkn saja suka2 taw huhu






Oklah itu shja lah story aku pasl Jonas k, Jmpa d entry laen :)

Sunday 8 January 2012

Mana My Spirit nie

Assalamualaikum

Salam tahun baru aku ucapkan, ini merupakan entry pertama aku di thn 2012 ini. Ok sebenarnya arini aku nk citer pasal exam, kalau nk tahu sekarang aku tgh final exam taw. Hari ni adalah paper pertama aku. Ok bercerita  pasal paper pertama tadi, alhamdulillah la aku dpt jawab la, dan apa yg aku harapkn adalah aku dapat keputusan yg baik bagi subject ULUM QURAN nanti insyallah. 

Tapi yg tak best nye aku mcm hilang semangat untuk study dgn btul2 fokus sem ni. Aku pun tak tahu kenapa, tiap kali aku nk study, aku perlu kuatkn semangat & perlu melawan nafsu malas aku untk terus fokus. Kemana kah menghilangnya semangat aku yg dulu, mungkin jg sekarang ni aku susah nk fokus sbb apa yg ada di fikiran aku hnyalah my village & holiday jea, tu jea yg aku ingt, huhuhu so mcm mana lah aku ni nk fokus kn? 

Paper aku tnggal 5 lg, aku mmg tak sabar sngt nk hbskn, tgok! bkn nye tak sabar nk study, yg difikirkn nk hbskn jea, tak study pun takpela, jnji dpt hbs huhu Ish xdela mcm tue, dah la subject2 aku smuanya killer2 taw, dan aku tkut sgt sbnarnya sem ni, tkut kalau2 aku tak dapat kekalkan pointer sebelum nie dan tkut jtuh, nauzubillah......moga2 aku dpt pertingkatkan lg insyallah.  

Untk yg final exam jg, aku doakn moga kalian jg berjaya dan diberkati sntiasa insyallah:)


Jgn jd mcm nie, study kjp tp tido byk hehe
Aku kah itu huhu:)





Biarlah smpai mcm nie pnye study:)



wassalam:)