Wednesday 28 December 2011

BiLa Aku PaNaS HaTi

Assalamualaikum..... 

Salam hari Rabu yg mulia aku ucapkan...... Tp arini aku cemarkan kemulian hari ini dgn tajuk entry sprti di atas. Knp hati aku pns??? 


Sbb umah aku takde econ? Tu sbb yg ke 100 dh tue, tp yg aku nk cerita knp aku pns hati sgt hari ni sbb smuanya kerana "kebersihan". 

Kemarahan aku bermula bila aku balik dr kedai, tegok keadaan rumah masyallah tak tahu nk ckp apa, sekali tgok bkn rumah anak dara yg menginp, aku rasa nga rumah anak teruna lg bersih anak teruna. Aku pun tak tahu la mcm mana smua org bleh wat tak tahu je nga keadaan rumah yg dh macam tempat kucing beranok, masing2 wat tak tahu jea, padahal masing2 yg sepahkan. Tue yg wat hati aku panassssssss sgtttttt!!!  Lg la aku pns sbb bkn aku yg wat semua tu, alih2 kena kemaskn. Ingat apa? Kitaorg ni org gaji kat rumah ni? Kalau sekali dua aku bleh la mengikhlaskan diri wt semua ni, tp kalau dh acap kali perkara sama kita lakukan, dan kita dah macam mak jea kat umah ni, korang boleh sabar? Kita dtg sini semua ada tugas masing2, aku pun kena belajar, dan laksanakan semua tanggugjawab ni, so tolong la, kalau la kita boleh sharing tangguggjawab bersama kn semua ni akan jd mudah......

Kesabaran seseorang ada tahapnya, jgn cuba cabar kesabaran aku, aku ada masa bleh bergurau, suka-suka bersama, tp ada masa aku perlu tegas, jgn ingt org macam aku tak pandai nk tunjuk marah, aku tak mintak org hormat aku, tp dalam keadaan camni fikir sedikit tentang orang lain. Jgn hanya hidup dlm dunia kita je, tnp memikirkan apa yg terjadi di sekeliling kita. 

Patut lah orang yg sabar tue mndapat ganjaran pahala yg byk, rupanya mmg susah kan untuk bersabar. Menurut seorang ulama, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah mengatakan bahawa sifat sabar itu boleh dibahagikan kepada tiga jenis pembahagian  sabar. 

Jenis sabar yang pertama ialah sabar ketika melaksanakan perintah Allah SWT. Jenis yang kedua ialah sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan jenis yang ketiga ialah sabar tatkala ditimpa ujian ( musibah ). Kesemua jenis sabar ini mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT kerana ganjarannya adalah syurga sebaik-baik tempat buat orang yang beriman dan orang yang beramal soleh.

Satu hadis yg menyuruh kita menahan kemarahan: 



عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِيْ, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ . فَرَدَّدَ مِرَارَا, قَالَ: لاَ تَغْضَب
( رواه البخاري )

Maksud :
Daripada  Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa ada seorang lelaki ( Abu Darda ) telah berkata kepada Nabi  Sallallahu 'alaihi wasallam: “ Berikanlah aku nasihat,”. Baginda bersabda : “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “ Jangan marah”.
( Hadith riwayat al-Bukhari)


Seterusnya hikmah sifat sabar dapat kita pelajari melalui ayat berikut.

Firman-Nya bermaksud: “Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kelak akan kami masukkan ke dalam syurga...”  (Surah an-Nisa, ayat 122).

“Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya...” 
 (Surah al-Anam, ayat 160).

“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Hud, ayat 11)



 Astagfirullahalazim, kadang-kadang kita lupa sesuatu perkara, kita hanya fikirkan perasaan kita sahaja, yela sekali fikir siapa yg tak marah kn bila berdepan nga semua ni, tp kadang2 kita perlu pujuk hati untuk bersabar nga setiap apa yg berlaku, anggaplah semua ini ujian Allah, dia sedang menguji kita melalui cara ini untuk melihat thp kesabaran kita, masyaallah kadang2 kita terlepas pandang. Moga selepas ini aku bisa untuk bersifat sabar dlm menghadapi saat2 yg seperti ini, moga ganjaran selepas aku menghadapNYA nanti adalah adalah ganjaran yg tak ternilai dgn kepenatan aku lalui hari ini. Insyallah, bantulah aku Ya ALLAH untuk melalui semua ini dgn sabar dan tabah. 



 Ok sekian dulu buat waktu ini:)

No comments: